click to view image 

PENGENALAN

Pertubuhan Kebajikan Zuri Malaysia yang pada asalnya dikenali sebagai Kelab Sukan dan kebajikan Zuri Group of companies Malaysia telah ditubuhkan pada 18 Ogos 2010. Ia adalah sebuah badan sukan kerajaan yang bergerak aktif di dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

TUJUAN PERTUBUHAN

Memupuk semangat dan kerjasama di kalangan ahli-ahli serta menjaga kebajikan am ahli-ahli.
  1. Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
  2. Menjalankan kerja-kerja untuk mencapai matlamat pertubuhan.
  3. Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat.
  4. Menjalankan aktiviti-aktiviti raidah di kalangan ahli untuk memastikan mereka cergas dari segi fizikal dan mental.

KEAHLIAN

  1. (a) Ahli Biasa 

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan kerja-kerja kebajikan.

(b) Ahli Seumur Hidup

Terbuka kepada semua pemohon yang mematuhi syarat ahli biasa tetapi yang membayar yuran ahli seumur hidup sekaligus.

  1. Tiap-tiap permohon menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli menggunakan borang yang disediakan dan mestilah dihantar kepada Setiausaha Kehormatan yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohon tanpa memberi sebab-sebabnya.

BAYARAN MASUK

  1. (a) Ahli Biasa

i.                    Bayaran Masuk RM20.00(RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH SAHAJA)

ii.                  Yuran Tahunan RM20.00(RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH SAHAJA) 

(b) Ahli Seumur Hidup       

Bayaran yuran sebanyak RM500.00(RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS SAHAJA)(bayaran sekali gus) 

  1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap tahun.
  1. Mana-mana ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunanya selama 2 tahun berturut-turut, dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpus hati yang ahli itu telah menerima Penyata berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  1. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan kadar yuran masuk semula bagi mana-mana ahli yang keahliannya terlucut seperti yang disebut di klausa D(3).

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI

SETIAUSAHA
MR.PARTHIBAN
Tel Num 03-2145 2539

SETIAUSAHA
Ms.AZLIANA BINTI ABDUL RAZAK
Tel Num 03-2145 2539